More

    Siri HP ZBook Create 10th Gen Intel Core dan Envy x360 AMD diumum di Malaysia, bermula RM3,799

    Biasanya, komputer diangkat sebagai pusat pelaksanaan tugasan kerja-kerja. Namun, pekerjaan yang memerlukan ciri mudah alih kini semakin meningkat. Untuk itu, HP kini menambah tiga produk baharu dalam ekosistem Create. Tiga produk baru tersebut adalah; siri ZBook Create, komputer riba Envy x360 dan pencetak siri Deskjet Plus Ink Advantage 6000.

    Siri ZBook Create dikatakan sebagai komputer riba 15 inci terkecil di dunia yang berupaya menguruskan tugasan kreatif dan gaming anda. Ia dilengkapi CPU 10th Gen Intel Core, GPU siri GeForce RTX 2000, RAM DDR4 32GB dan storan SSD sehingga 512GB. Ia turut dihuni paparan DreamColor 15.6 inci, bateri 83Wh (bertahan sehingga 17.5 jam) dan sistem penyejukan yang baik.

    Komputer riba Envy x360 pula dikuasai CPU terkini AMD Ryzen 4500U, GPU Radeon Vega, RAM DDR4 8GB dan storan SSD 512GB. Turut hadir adalah paparan boleh sentuh 13.3 inci, HP Stylus Pen dan latensi sentuhan yang diminimalkan.

    Untuk pencetak HP DeskJet Plus Ink Advantage 6000, ia mampu menghasilkan warna yang cantik sehingga resolusi maksium 4800 x 1200 dan 1200 x 1200 untuk warna hitam putih. Pencetak dengan rekaan kemas berwarna putih ini juga boleh dihubungkan dengan HP Smart App untuk kawalan mencetak dari telefon pintar anda.

    Berkenaan harga ketiga-tiga produk di pasaran Malaysia, anda boleh rujuk di bawah:

    • ZBook Studio dan ZBook Create bermula dengan harga RM11,236
    • Envy x360 bermula dengan harga RM3,799
    • HP DeskJet Plus Ink Advantage 6000 bermula dengan harga RM459

    Anda akan mendapat Microsoft Office Home/Student 2019 percuma jika anda membeli Envy x360 terbaru.

    Adakah anda akan mendapatkanya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Pembelian Warner Bros oleh Paramount digantung 14 hari susulan saman 12 negeri

    Hakim persekutuan di California telah mengarahkan Paramount Skydance dan Warner Brothers Discovery untuk menangguhkan penggabungan mereka secara sementara. Keputusan ini dibuat bagi...

    Google lancarkan Gemini 3.6 Flash, 3.5 Flash-Lite dan 3.5 Flash Cyber

    Google secara rasmi memperkenalkan tiga model kecerdasan buatan (AI) baharu iaitu Gemini 3.6 Flash, Gemini 3.5 Flash-Lite dan Gemini 3.5 Flash Cyber....

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Honda integrasi Google Gemini pada kenderaan terpilih, ganti Google Assistant

    Honda mengumumkan pengintegrasian pembantu AI Google Gemini bagi kenderaan yang dilengkapi fungsi Google built-in. Naik naik taraf ini menggantikan sistem Google Assistant...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured