More

    Razer lancarkan peranti ‘gaming’ edisi khas dengan tema Pokemon, harga bermula RM249

    Razer hari ini telah melancarkan beberapa perkakasan gaming baharu edisi khas di mana produk tersebut dihiasi dengan watak-watak popular daripada siri kartun terkenal Pokemon. Produk-produk baru ini termasuklah fon telinga wayarles, papan kekunci dan tetikus.

    Fon telinga wayarles Hammerhead True Wireless Pikachu Limited Edition berwarna kuning menampilkan casing berbentuk bebola Poke Ball untuk melambangkan Pikachu. Papan kekunci gaming Ornata Pikachu Limited Edition pula menampilkan kekunci Pokemon Keycaps yang telah direka khas dengan warna kuning bagi mengekalkan tema Pikachu.

    Razer turut menghasilkan tetikus DeathAdder Essential dan tikar tetikus gaming Goliathus Pikachu Limited Edition, di mana logo Razer telah digantikan dengan logo ekor Pikachu, lengkap dengan kilauan lampu berwarna kuning.

    Razer|Pokémon – Hammerhead True Wireless Pikachu Limited Edition
    Razer|Pokémon – Ornata Pikachu Limited Edition
    Razer|Pokémon – DeathAdder Essential Pikachu Limited Edition
    Razer|Pokémon – Goliathus Pikachu Limited Edition Bundle

    Berikut adalah harga produk-produk di atas untuk pasaran Malaysia:

    • Razer|Pokémon – Hammerhead True Wireless Pikachu Limited Edition: RM699
    • Razer|Pokémon – Ornata Pikachu Limited Edition: RM459
    • Razer|Pokémon – DeathAdder Essential & Goliathus Pikachu Limited Edition Bundle: RM249

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki produk Razer Pokemon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured