Syarikat teknologi kewangan tempatan Revenue Monster telah melancarkan sebuah perkhidmatan yang membenarkan perniagaan kecil untuk mendigitalkan perniagaan mereka. Perkhidmatan yang dinamakan à la carte ini bertujuan untuk membantu perniagaan kecil agar terus beroperasi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuat kuasakan.
Apa yang menarik tentang à la carte adalah mana-mana perniagaan kecil boleh menggunakan perkhidmatan ini secara percuma untuk tiga bulan pertama, bagi memudahkan perniagaan kecil untuk menyimpan keuntungan sebanyak mungkin daripada semua jualan mereka. Pengguna à la carte boleh mencipta kedai digital secara mudah termasuklah dalam penyenaraian produk, kaedah pembayaran, pengurusan media sosial serta kaedah penghantaran produk.

Revenue Monster telah bekerjasama dengan Mr.Speedy dan Grab Express untuk memudahkan perniagaan kecil dalam menghantar produk mereka kepada pelanggan. Buat masa ini, lebih 5,000 perniagaan telah menggunakan perkhidmatan à la carte dalam operasi mereka.
Layari laman web Revenue Monster untuk maklumat lanjut tentang à la carte. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menggunakan perkhidmatan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






