fbpx
More

    Apple iPad Air (2020) sedia dijual di Malaysia: A14 Bionic, Liquid Retina 10.9 inci, bermula RM2,599

    Lebih kurang sebulan yang lalu, Apple iPad Air baru telah dilancarkan dengan janaan cip terkini A14 Bionic. iPad Air generasi terbaru ini kini sudah mula dijual di Malaysia melalui paparan pada laman web rasmi Apple Malaysia.

    Sepintas lalu, iPad Air (2020) ini dilengkapi cip 5nm A14 Bionic yang memberi prestasi 40% lebih baik dari CPU di tablet terdahulu, 10.9 inci paparan Liquid Retina, satu kamera utama 12MP dan sensor cap jari Touch ID di sisi peranti. Turut hadir adalah sokongan iPadOS 14, WiFi 6 dan pengecasan pantas USB-C 20W dengan ketahanan bateri sehingga 10 jam.

    Anda boleh menyemak berita pelancarannya yang lepas, melihat spesifikasinya di laman web rasmi atau di pautan ini.

    iPad Air terbaru ini boleh mula didapati dengan harga RM2,599 sehingga RM3,799 berdasarkan varian seperti di bawah:

    • Varian 64GB (WiFi) berharga RM2,599
    • Varian 256GB (WiFi) berharga RM3,249
    • Varian 64GB (WiFi+Cellular) berharga RM3,149
    • Varian 256GB (WiFi+Cellular) berharga RM3,799

    Adakah anda akan membelinya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X