More

    Orang Malaysia lebih gemar kongsi berita sensasi walaupun tidak sahih – Pengerusi SKMM

    Masyarakat Malaysia nampaknya lebih menggemari untuk berkongsi sebarang berita sensasi daripada mengkaji kesahihan berita tersebut. Menurut pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, isu ini paling banyak berlaku sewaktu musim politik di mana berita sensasi sering disebarkan.

    Ini adalah salah satu sebab utama laman web Sebenarnya.my ditubuhkan bagi membantu rakyat untuk menyemak fakta sebelum berkongsi berita yang tidak disahkan, termasuklah berita berkaitan COVID-19.

    Beliau turut mengingatkan bahawa jika terdapat maklumat palsu melibatkan polisi kerajaan ditularkan, Sebenarnya.my akan menyiarkan kenyataan rasmi yang diperbetulkan dalam tempoh 24 jam.

    TechNave berharap para pembaca akan mengamalkan penggunaan internet dengan berhemah. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: RTM

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured