fbpx
More

    iPhone 12 lebih pantas daripada telefon Android dengan Snapdragon 865 Plus

    Apple akan melengkapkan siri telefon iPhone 12 dengan cipset terbaru iaitu A14 Bionic, namun sebelum ini terdapat khabar mengatakan cipset itu tidak mampu mengatasi pesaing utamanya, Qualcomm Snapdragon 865 Plus, yang terdapat dalam kebanyakan telefon flagship Android. Kini sebuah ujian penanda aras oleh Tom’s Guide telah membandingkan dua cipset tersebut dan hasilnya menunjukkan A14 Bionic adalah lebih pantas berbanding Snapdragon 865 Plus.

    Sumber telah menggunakan perkhidmatan penanda aras Geekbench 5 untuk iPhone 12, iPhone 12 Pro serta telefon-telefon Android yang dilengkapi cipset Snapdragon 865 dan 865 Plus. Secara keseluruhannya, iPhone 12 mengatasi keputusan telefon-telefon lain dengan markah tertinggi untuk ujian teras tunggal dan multi-teras.

    Telefon Android yang paling hampir dengan keputusan iPhone 12 adalah Samsung Galaxy Note20 Ultra dan ASUS ROG Phone 3, namun apa yang menarik adalah kedua-dua telefon Snapdragon 865 Plus tersebut masih dikalahkan oleh iPhone 11 Pro Max yang dilengkapi cipset A13. Selain ujian penanda aras di atas, iPhone 12 turut menjuarai senarai dalam ujian pemprosesan grafik dan penyuntingan video.

    Sungguhpun begitu, semua telefon yang diuji ini memberikan pengalaman penggunaan yang cemerlang dalam dunia sebenar dan mampu mengoperasikan aplikasi intensif dengan bagus. Namun ujian ini masih menunjukkan bahawa cipset A Bionic masih lagi mengekalkan takhtanya sebagai cipset telefon terbaik dan nampaknya masih tiada lagi telefon Android yang boleh mengatasi prestasi iPhone.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Tom’s Guide

     

    Artikel Terkini

    Zahid Hamidi ingin kerajaan beri tablet kepada setiap pelajar

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah tablet supaya mereka...

    Nokia 3210 rasmi di Malaysia dengan sambungan 4G, port USB-C berharga RM339

    Minggu lepas, HMD melancarkan Nokia 3210 klasik yang diberi nafas baharu dengan sambungan 4G dan port pengecasan USB-C untuk meraikan ulang tahun...

    Apple perkenalkan kawalan peranti dengan mata dan ‘Music Haptics’

    Ketika Google I/O sedang berlangsung, Apple berjaya mencuri perhatian dengan mengumumkan beberapa ciri keupayaan akses yang akan membolehkan orang kurang upaya menggunakan...

    Infinix GT 20 Pro antara telefon terawal sokong MLBB dan PUBG dalam 120 fps

    Infinix yang merupakan penaja telefon gaming rasmi untuk tahun kedua berturut-turut di PUBG MOBILE Super League (PMSL) di Eropah, Rantau Timur Tengah...

    Astro bakal siar semua perlawanan siaran langsung UEFA EURO 2024 di SPOTV

    Astro Malaysia mengumumkan bahawa kesemua 51 siaran langsung perlawanan UEFA EURO 2024 akan disiarkan dalam kualiti Definisi Tinggi (HD) melalui dua saluran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X