More

    Redmi Note baru dengan kamera 108MP melepasi kelulusan di China. Adakah Redmi Note 10?

    Sebelum ini, kami pernah memaklumkan ura-ura mengenai siri Redmi Note yang terbaru iaitu siri Redmi Note 10. Pelbagai maklumat telah dilaporkan mengenai spesifikasi Redmi Note 10 termasuklah ciri kamera 108MP. Terkini, peranti yang didakwa sebagai siri Redmi Note 10 muncul di senarai kelulusan di China.

    Peranti-peranti dengan nombor model M2007J17C dan M2007J22C dilihat mendapat kelulusan dari Compulsory Certification of China (3C) dengan sokongan 5G. Peranti dengan nombor model M2007J17C adalah peranti yang didakwa sebagai salah satu varian tertinggi dalam siri Redmi Note 10 yang memiliki spesifikasi kamera 108MP, lensa telefoto dan makro.

    Melalui penyenaraian ini juga, M2007J17C dilihat hadir dengan pengecas pantas 33W, manakala M2007J22C dengan pengecas pantas 22.5W.

    Untuk pengetahuan anda, Xiaomi Mi 10T Lite di pasaran global hadir dengan nombor model M2007J17G. Penukaran huruf ‘C’ pada hujungnya untuk Redmi Note 10 menimbulkan spekulasi bahawa kebanyakan spesifikasi pada Mi 10T Lite akan hadir pada Redmi Note 10 kecuali tetapan kamera utama.

    Setakat ini, peranti Redmi Note 10 masih lagi berada pada tahap ura-ura. Namun, adakah anda berminat jika benar Redmi Note 10 hadir dengan kamera 108MP? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Semak berita lepas mengenai Redmi dan Xiaomi disini!

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured