More

    Aksesori HUAWEI baru dilancar: FreeBuds Studio, M-Pen 2, Porsche Design Watch GT 2 bermula ~RM338

    Selain dari siri HUAWEI Mate40 yang dilancar dengan spesifikasi kamera yang mengancam, HUAWEI turut melancarkan beberapa produk terbaru termasuk aksesori pintar. Produk dan aksesori pintar menarik ini ditawarkan dengan spesifikasi dan harga yang bermula pada 69 Euro (~RM338)!

    Antara produk yang diperkenal adalah HUAWEI FreeBuds Studio, HUAWEI Ring Light Case, HUAWEI Sound dan HUAWEI Eyewear II. Lebih menarik, HUAWEI Porsche Design Watch GT 2 turut diperkenal dengan rekaan selari bersama Porsche Design HUAWEI Mate40 RS! Anda boleh melihat senarai produk yang dilancar di bawah.

    HUAWEI FreeBuds Studio

    Fon kepala terbaru ini hadir dengan prestasi sehingga 40dB. Tampil dengan rekaan yang elegan dan mengutamakan keselesaan pemakai, ia adalah fon kepala yang dilengkapi ciri pengurangan hingar bersama sokongan perkakas 48kHz.

    Menurut HUAWEI, baterinya dilaporkan mampu bertahan dengan pengecasan penuh. Untuk pengecasan selama 8 minit, ia mampu bertahan sehingga 8 jam. HUAWEI FreeBuds Studio dipasarkan dnegan harga 299 Euro (~RM1,465)

    Gentle Monster x HUAWEI Eyewear II

    HUAWEI sememangnya pernah berkolaborasi dengan Gentle Monster untuk aksesori kaca mata. Terkini, HUAWEI sekali lagi berkolaborasi dengan Gentle Monster untuk HUAWEI Eyewear II.

    Ia bukan sahaja tampil dengan rekaan bergaya, tetapi juga menyokong sehingga 5 jam audio muzik. Anda boleh menggunakan tiga jenis gerak sentuh untuk mengawal (tekan, seret dan klik). Terdapat empat jenis rekaan berbeza dengan harga bermula pada 299 Euro (~RM1,465).

    HUAWEI Sound

    Tidak asing lagi dalam peranti audio, HUAWEI kini melancarkan pembesar suara mudah alih HUAWEI Sound. Pembesar suara ini menyokong prestasi tekanan bunyi sehingga 90dB dengan ciri HD Bluetooth LDAC, bicu audio 3.5mm dan UPnP (Universal Plug and Play).

    HUAWEI Sound dipasarkan dengan harga 199 Euro (~RM975).

    "
    "

    HUAWEI Porsche Design Watch GT 2, Ring Light Case dan M-Pen 2

    Seiring dengan Porsche Design HUAWEI Mate40 RS, HUAWEI turut mengumumkan Watch GT 2 dengan rekaan Porsche Design. Kebanyakan spesifikasinya adalah sama sahaja dengan Watch GT 2 yang biasa, tetapi dengan rekaan berinspirasikan Porsche. Jam tangan pintar ini hadir dengan harga 695 Euro (~RM3,406).

    HUAWEI Ring Light Case ialah pelindung telefon dengan gelung cahaya yang lengkap bersama sokongan pengecasan wayarles untuk kemudahan pengguna. Ianya berharga 69 Euro (~RM338) di pasaran Eropah.

    HUAWEI M-Pen 2 pula dilancar sebagai naik taraf untuk M-Pen yang lepas. Ianya menyokong siri HUAWEI Mate40 yang dilancarkan bersama. M-Pen 2 diumumkan dengan harga 99 Euro (~RM485).

    Setakat ini, kami tiada maklumat mengenai keberadaan produk-produk ini di negara Malaysia. Adakah anda berminat dengannya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured