More

    realme 7 Pro Edisi Khas Horizon Orange dengan kulit ‘Vegan Micrograin’ hadir, berharga RM1,499

    Jika anda peminat warna jingga, ini mungkin berita gembira untuk anda. Terkini, realme Malaysia telah mengumumkan realme 7 Pro Edisi Khas Horizon Orange di pasaran Malaysia. Peranti jingga ini akan dijual bermula pada 28 Oktober 2020 di Shopee dengan harga RM1,499 (tiada beza dengan harga realme 7 Pro yang asal).

    Pilihan warna jingga ini adalah edisi khas yang menampilkan nama varian Horizon Orange. Apa yang menariknya, panel belakangnya dilitupi kulit Vegan Micrograin. Pilihan lebih mesra alam ini hadir dengan varian RAM 8GB dan storan 128GB.

    Sepintas lalu, realme 7 Pro dilengkapi cipset Snapdragon 720G, paparan 6.4 inci Super AMOLED dan pengecasan pantas 65W SuperDart. Ia turut dilengkapi kamera utama quad 64MP IMX682 + 8MP ultra lebar + 2MP lensa potret monokrom + 2MP lensa makro dan kamera swafoto 32MP.

    Anda boleh menyemak spesifikasi penuh disini atau melihat video unboxing pilihan warna asal realme 7 Pro dibawah.

    Adakah anda berminat dengan realme 7 Pro Edisi Khas Horizon Orange? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: realme

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured