More

    Sistem baru vivo ‘Origin OS’ dikatakan akan jadi sistem Android terbaik, masuki pasaran akhir tahun ini

    Kebanyakan syarikat telefon pintar mempunyai sistem mereka tersendiri yang digunakan pada telefon pintar keluaran mereka. Secara teknikalnya, mereka tidak memiliki sistem tersebut tetapi hanya memiliki ‘skin‘ yang digunakan di atas sistem Android seperti MIUI dari Xiaomi, EMUI dari HUAWEI, OxygenOS dari OnePlus dan Funtouch OS dari vivo.

    Terkini, sumber terkini memberitahu bahawa vivo bakal menggantikan sistem operasi mereka. vivo dikatakan akan menggantikan Funtouch OS kepada sistem baru yang diberi nama Origin OS dan ianya dikatakan akan datang sekitar bulan November atau Desember tahun ini.

    Sumber juga menyatakan bahawa sistem operasi baru ini akan jauh lebih baik dari generasi sebelumnya. Sistem baru ini juga akan hadir dengan ciri-ciri baru dan dikatakan akan menjadi antara sistem operasi Android yang terbaik.

    Nama Origin OS ini berasal dari ayat “Original operating system” (sistem operasi asli). vivo cuba untuk memberitahu bahawa sistem ini adalah asli dan dihasilkan sepenuhnya dari mereka. Mereka juga menyatakan bahawa sistem operasi ini adalah mempunyai perbezaan yang ketara daripada Funtouch OS yang lepas.

    Adakah Origin OS dapat menarik minat pengguna Android ke jenama vivo selepas ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured