More

    OPPO K7x bakal dilancar 4 November ini, peranti pertengahan dengan bateri besar

    Terkini, OPPO telah mengesahkan bahawa OPPO K7x akan dilancar pada 4 November 2020 di pasaran China. OPPO K7x diramalkan sebagai peranti kelas pertengahan yang bakal hadir dengan bateri besar.

    Pengesahan ini adalah daripada siaran OPPO di laman carian China, Weibo. OPPO telah memuat naik sebuah poster yang memaparkan acahan OPPO K7x. Melalui siaran tersebut, spesifikasi yang dilihat adalah sokongan 5G dan paparan slogan ‘kuasa yang besar’. Slogan tersebut dijangka merujuk kepada kapasiti bateri yang besar. Memandangkan rata-rata kapasiti bateri pada telefon OPPO adalah 4000mAh ke atas, mungkin OPPO K7x memiliki kapasiti bateri mencecah 5000mAh atau 6000mAh.

    Jika dilihat pada poster, OPPO K7x memiliki rekaan kamera yang memanjang. Sumber meramalkan ia adalah sebuah peranti pertengahan berdasarkan namanya. Oleh itu, OPPO K7x mungkin dijana cipset kelas pertengahan seperti siri Snapdragon 700 atau siri MediaTek Dimensity 700/800.

    Memandangkan ia akan dilancar pada 4 November ini, mungkin kita boleh melihat spesifikasi yang lebih jelas kelak.

    Adakah OPPO K7x bakal memasuki pasaran Malaysia? Beritahu pandangan anda di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Semak berita menarik mengenai OPPO disini!

    Sumber: IT Home

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp Web kini lengkap dengan panggilan suara, video dan “call transfer”

    WhatsApp secara rasmi memperkenalkan sokongan panggilan suara dan video terus pada perkhidmatan WhatsApp Web. Pengguna kini boleh membuat serta menerima panggilan secara...

    Philips cipta rekod Malaysia, gosok 49 kemeja sekolah dalam masa sejam

    Philips Domestic Appliances Malaysia melakar sejarah baharu menerusi pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi kategori "Kemeja Sekolah Terbanyak Berjaya Digosok dalam Tempoh...

    Nothing dijangka lancarkan jam tangan pintar pertama September ini

    Nothing dilapor bakal melancarkan jam tangan pintar pertama menjelang September ini. Maklumat tertiris mendakwa peranti berkenaan akan ditawarkan pada harga bawah $300...

    Selepas tertangguh, Apple akhirnya bakal lancarkan cermin mata pintar pada 2027

    Apple dilapor merancang untuk memperkenalkan cermin mata pintar pertamanya pada acara Worldwide Developers Conference (WWDC) 2027 yang dijangka berlangsung pada Jun tahun...

    Apple dan Samsung dilapor bakal guna cip memori buatan China

    Samsung Electronics dan Apple dilapor sedang mempertimbangkan penggunaan cip memori keluaran ChangXin Memory Technologies (CXMT) bagi peranti pintar keluaran mereka pada masa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured