More

    Pilihan pengecas jenama lain yang disyorkan untuk pembeli siri iPhone 12 baru (ada diskaun)

    Telefon siri iPhone 12 yang baru dilancarkan oleh Apple ini akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi setelah membuat pengumuman ketibaan peranti tersebut di laman web rasminya. Sedia maklum, Apple pada tahun ini tidak menyertakan pengecas di dalam kotak telefonnya dan hanya memberikan kabel USB-C ke Lightning sahaja. Jadi, sekiranya anda ingin mengecas telefon anda, anda memerlukan pengecas USB-C yang sesuai dengan telefon baru dari Apple ini.

    Dalam artikel kali ini, kami telah menyenaraikan pengecas jenama lain yang kami pernah gunakan dan dipercayai, bersama pautan kedai rasmi atas talian mereka. Tanpa membuang masa, ini adalah senarai pengecas jenama lain yang kami syorkan untuk pengguna telefon siri iPhone 12 baru ini.

    Ugreen – Pengecas USB-C mereka mempunyai diskaun besar buat masa ini

    Bermula dengan Ugreen, mereka mempunyai banyak pilihan pengecas USB-C yang jauh lebih murah daripada pengecas rasmi dari pihak Apple. Kedai atas talian mereka di Lazada dan Shopee kini sedang mempunyai jualan diskaun dengan harga pengecas serendah RM24 (untuk pengecas USB-C 18W). Untuk jenis 30W pula, ianya adalah serendah RM57 dan jika anda inginkan kuasa yang lebih kuat, terdapat pengecas USB-C 65W pada tanda harga RM90.

    Halaman Ugreen di Lazada
    Halaman Ugreen di Shopee, lihat diskaun mereka!

    Perlu diingatkan, harga pengecas dari Ugreen ini berbeza di antara kedua-dua kedai atas talian mereka. Selain itu, produk mereka akan dihantar dari China, jadi ia akan mengambil sedikit masa sebelum sampai ke rumah anda.

    Baseus – Pengecas port pelbagai yang berkuasa tinggi

    Bercakap mengenai pengecas port pelbagai, Baseus adalah antara jenama pilihan ramai. Pengecas ini sesuai untuk pengguna yang ingin mengecas lebih dari satu peranti dan kebanyakannya dengan port jenis USB-A. Harga pengecas mereka bermula dari RM30 sehingga RM200 bergantung kepada bilangan watt yang anda inginkan. Jika anda perlukan pengecas USB-C yang biasa sahaja, ada dijual pengecas USB-C 20W pada tanda harga RM29.90 sahaja. Memang murah.

    Pengecas USB-C termurah yang kami jumpa dari Baseus

    Sama seperti Ugreen, pengecas ini akan dihantar dari China dan anda boleh membelinya di kedai atas talian mereka di Lazada. Mereka juga mempunyai kedai atas talian di Shopee tapi kebanyakannya adalah barang aksesori untuk kereta dan pengecas USB-A. Juga perlu diingatkan, kebanyakan barangan mereka hadir dengan palam jenis 2 pin namun jangan risau, ianya boleh disesuaikan dengan soket tempatan.

    Aukey – Pengecas tunggal dan port pelbagai yang berkualiti tinggi

    Jika anda tidak ingin menunggu lama untuk penghantaran barang anda, anda boleh membeli pengecas dari Aukey. Kebanyakan pengecas mereka sudah tersedia di Kuala Lumpur dan Selangor, termasuklah pengecas tunggal dan port pelbagai. Harga pengecas Aukey ini adalah sedikit lebih tinggi dari Ugreen dan Baseus tetapi kualitinya tetap terjamin seperti yang lain.

    Pengecas tunggal USB-C 18W mereka sedang dijual dengan diskaun pada harga RM79, dan jika anda inginkan versi yang lebih kecil (versi China 2-pin) dengan kelajuan 20W, anda boleh membelinya pada harga RM59.

    "
    "
    Sama harga dengan Apple, tapi lebih berkuasa

    Pengecas kegemaran kami dari Aukey ini adalah pengecas Aukey PA-Y8. Walaupun ianya mempunyai tanda harga yang sama seperti Apple, namun ia menyokong pengecasan pantas sehingga 27W. Anda boleh mencari kedai atas talian mereka di Lazada dan Shopee.

    Anker – Terdapat pengecas port pelbagai sehingga 100W!

    Jenama Anker ini lebih dikenali oleh orang ramai di luar negara berbanding jenama lain dalam senarai ini. Anker Malaysia beroperasi di sekitar Lembah Klang, jadi jika anda perlukan pengecas port pelbagai yang berkualiti tinggi, anda boleh membelinya dari mereka. Harga pengecas mereka agak tinggi terutamanya yang menyokong pengecasan pantas sehingga 100W. Walaupun dengan harga yang mahal, mereka juga menjual pengecas USB-C 30W pada harga RM109, harga yang lebih murah berbanding pengecas 30W rasmi Apple yang berharga RM189.

    Terdapat juga pengecas USB-C 20W yang berharga RM99, iaitu harga yang sama dari Apple. Kami mencadangkan anda untuk membeli versi 30W kerana perbezaan harga yang sedikit sahaja. Anda boleh lihat produk mereka yang lain di kedai atas talian Lazada dan Shopee mereka.

    Jadi, itu sahaja pengecas jenama lain yang kami cadangkan untuk pembeli telefon terutamanya telefon siri iPhone 12 yang baru ini. Adakah kami terlepas jenama lain yang anda guna? Komen di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured