More

    Laman strim sukan tinju popular DAZN bakal tersedia di Malaysia 1 Disember ini

    Terkini, DAZN dilihat memaparkan pengumuman kehadirannya pada peringkat global termasuklah di Malaysia bermula 1 Disember 2020. Laman penstriman sukan ini popular dengan penstriman siaran sukan tinju eksklusif, siaran langsung, pertunjukan mingguan dan perlawanan klasik.

    Menurut laman web DAZN, yuran langganan awal bulanan adalah £1.99 (~RM10) untuk peminat yang mendaftar awal untuk servis penstriman global DAZN yang baharu ini. DAZN sedia untuk distrim melalui telefon pintar, TV pintar, tablet dan lain-lain. Apa pun, senarai peranti yang disokong akan dimaklumkan kemudian ketika hari pelancaran yang rasmi (1 Disember).

    Anda boleh kunjungi laman rasmi DAZN untuk mendaftar awal disini.

    Siaran langsung perlawanan pertama jika anda mendaftar DAZN adalah di anatar Garcia dan Campbell pada 5 Disember ini. Adakah anda bakal melanggannya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: DAZN

     

    Artikel Terkini

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    NaviX Ultra: Cubaan kedua Nubia buat telefon AI

    Nubia secara rasmi melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu Nubia NaviX Ultra dalam pasaran China. Peranti ini dipasarkan sebagai telefon berasaskan ejen AI...

    Xiaomi 18 Pro disahkan hadir dengan aplikasi AI sendiri pada skrin belakang

    Xiaomi mengesahkan siri Xiaomi 18 Pro hadir dengan paparan skrin belakang dipanggil Versatile Back Screen yang menyokong pemprosesan aplikasi jana AI. Ciri...

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Laptop boleh jadi PC gaming? UGREEN lancar LinkStation Pro dengan kuasa 850W

    UGREEN memperkenalkan dok kad grafik luaran (eGPU) baharu iaitu UGREEN LinkStation Pro yang menggunakan teknologi sambungan Thunderbolt 5. Kelajuan pemindahan data yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...