More

    Bateri iPhone 12 hanya mampu bertahan 3 jam 1 minit sahaja untuk ‘gaming’

    Sementara kita masih menunggu kehadiran siri iPhone 12 yang secara rasminya boleh mula dipra-tempah bermula 6 November ini di pasaran Malaysia, pasaran negara lain sudah mula mengulas mengenai peranti ini. Sebuah laman pengulas teknologi ini menyatakan bahawa bateri iPhone 12 hanya mampu bertahan 3 jam 1 minit sahaja untuk gaming.

    Pernyataan ini tidak dibuat sewenang-wenangnya. Pengulas telah menjalankan ujian ketahanan bateri dari pelbagai aspek seperti melayari internet, memainkan video di YouTube dan bermain game 3D. Menurut ujiannya, iPhone 12 dan iPhone 12 Pro yang dilengkapi cip 5nm A14 Bionic hanya bertahan selama 3 jam 1 minit.

    Pengulas turut menjalankan semula ujian dengan bermain game seperti Call of Duty Mobile dan Minecraft, suhu iPhone 12 dan iPhone 12 Pro menjadi suam dengan cepat dan ia ‘memakan’ kuasa bateri dengan cepat. Menurut sumber, iPhone 11 Pro masih berkuasa dari segi gaming kerana ia boleh bertahan sehingga 6 jam 38 minit.

    Berbeza dengan aspek melayari internet, iPhone 12 dan iPhone 12 Pro bertahan sehingga 12 jam 35 minit yang mana agak baik untuk anda melakukan rutin biasa menggunakan kedua-dua model iPhone baharu ini.

    Apa pun, hasil ujian ini adalah bukan dari Apple, tetapi dari pengulas sahaja. Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Adakah Apple akan memberi kemas kini untuk mengoptimumkan iPhone 12 untuk gaming? Beritahu pandangan anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Semak berita menarik yang lepas mengenai siri iPhone 12 disini!

    Sumber: PhoneArena

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured