More

    Apple One kini tersedia di Malaysia: Pakej langganan servis Apple lebih jimat bermula RM19.90

    Terdahulu, Apple telah melancarkan himpunan langganan perkhidmatan yang tersedia dari syarikat mereka dalam bentuk pakej. Apple One kini sudah tersedia di Malaysia dengan harga serendah RM19.90 sebulan.

    Anda boleh memilih sama ada pakej Individual berharga RM19.90 sebulan atau Family RM33.90 sebulan. Pakej-pakej ini menghimpunkan servis perkhidmatan Apple yang sama seperti Apple Music, Apple TV+ dan Apple Arcade. Yang berbeza hanya langganan storan iCloud untuk Individual adalah 50GB, manakala untuk Family storan iCloud 200GB.

    Untuk melanggannya, pergi ke tetapan Settings pada iPhone anda, pilih nama anda dan pilih Subscriptions. Anda akan dapat melihat paparan Apple One dan tekan sahaja pada ikon Apple One tersebut, serta ikuti arahan selanjutnya.

    Jika difikirkan semula, langganan Apple One adalah lebih jimat berbanding jika anda melanggannya secara berasingan. Adakah anda sudah melanggannya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured