More

    The Mandalorian dihasilkan dengan 30% rebat tunai daripada FINAS

    Siri televisyen sains fiksyen terkenal The Mandalorian musim kedua telah pun mula disiarkan di Disney+. Apa yang mengejutkan para peminatnya di Malaysia adalah logo Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam ruang penghargaan (credits) di akhir episodnya, mengatakan bahawa penerbitan The Mandalorian telah menerima bantuan kewangan daripada FINAS.

    Ini merujuk kepada program subsidi bernama Film In Malaysia Incentive (FIMI) yang telah didirikan sejak 2013. Subsidi ini bertujuan untuk menggalakkan studio filem antarabangsa untuk bekerja dengan bakat perfileman tempatan dan membelanjakan sejumlah wang kepada industri filem Malaysia.

    Menurut FIMI, penerbitan siri televisyen antarabangsa perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM385,000 sejam manakala filem pula berlu berbelanja RM1.5 juta. Jika syarat ini dipenuhi, FINAS akan menyediakan rebat tunai sebanyak 30% kepada syarikat penerbitan tersebut. FINAS langsung tidak membayar sebarang wang daripada akaun sendiri kepada syarikat luar di bawah FIMI.

    Untuk The Mandalorian, studio tempatan yang terlibat adalah Base FX iaitu sebuah studio efek visual dan animasi yang berpengkalan di Beijing, China dengan studio di Kuala Lumpur. Sebelum ini, studio tersebut juga bekerja untuk filem 6 Undergroud.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: SAYS

     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured