More

    Xiaomi dijangka umum MIUI 13 pada November ini

    Untuk pengetahuan anda, Xiaomi akan melangsungkan sebuah acara konferens untuk pembangun Developer Conference di China bermula 5 November hingga 7 November. Selain mengumumkan teknologi pengecasan, skrin dan sebagainya, Xiaomi juga dijangka mengumumkan MIUI 13.

    Spekulasi pengumuman MIUI 13 ini tidaklah terlalu mengejut memandangkan pasukan pembangun di jabatan perisian Xiaomi pernah mengacah mengenai maklumak sistem MIUI seterusnya. Ia dikatakan akan terus memfokuskan kepada pengubahsuaian animasi termasuk fungsi latar belakang yang boleh diubahsuai dab beberapa ciri lain.

    Tambahan pula, Xiaomi pernah memaklumkan bahawa pembangunan MIUI 13 sedang dijalankan. Terdapat juga sumber tidak rasmi yang mengongsikan animasi menu kuasa untuk MIUI 13.

    Apa pun, semua maklumat di atas hanyalah bertahap spekulasi sahaja. Xiaomi baru sahaja mengumumkan MIUI 12 tahun ini, namun tidak mustahil juga untuk syarikat tersebut mengumumkan MIUI 13.

    Apakah pendapat anda jika MIUI 13 diumum pada tahun ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Semak berita lepas mengenai telefon Xiaomi yang akan menjadi peranti pertama dijana cipset Snapdragon 875!

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured