More

    OPPO A73 dilancar di Malaysia: Cas pantas 30W, skrin OLED FHD+, Snapdragon 662, 4 kamera berharga RM899

    OPPO Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan yang baru iaitu OPPO A73. Dengan harga RM899, ia dilengkapi spesifikasi yang agak menarik seperti pengecasan pantas 30W VOOC, skrin OLED dan kamera dengan penstabilan imej elektronik. Selain itu, ia juga agak ringan dengan berat hanya 163g.

    OPPO mengatakan pengecasan pantas 30W VOOC boleh mengecas penuh baterinya yang berkapasiti 4,015mAh sepantas 55 minit sahaja. Selain itu, permukaan belakang OPPO A73 mempunyai tekstur seperti kulit (leather) untuk menyerlahkan penampilan yang mewah.

    Berikut merupakan spesifikasi penuh untuk OPPO A73:

    • Cipset Qualcomm Snapdragon 662
    • Skrin OLED 6.44 inci Full HD+ (2400 x 1080)
    • RAM 6GB
    • ROM 128GB
    • Kamera utama 16MP + kamera ultra-lebar 8MP dengan sudut penglihatan 119° + kamera monokrom 2MP + kamera retro 2MP
    • Kamera swafoto 16MP
    • Fungsi rakaman Steady Video dengan penstabilan imej elektronik
    • Bateri 4,015mAh dengan pengecasan pantas 30W VOOC
    • Sistem operasi ColorOS 7.2
    • Pilihan warna jingga Dynamic Orange, biru Navy Blue dan perak Classic Silver

    Pra-tempahan untuk OPPO A73 akan dibuka pada 3-10 November di Shopee di mana setiap tempahan akan disertakan dengan hadiah percuma. 300 tempahan pertama akan menerima gelang tangan pintar Weeloop Neo Smartband bernilai RM389, manakala tempahan selanjutnya akan menerima fon telinga wayarles OPPO Enco W11 bernilai RM159.

    OPPO juga akan menganjurkan promosi 11.11 di Shopee, di mana pelbagai produk OPPO akan ditawarkan pada harga promosi sehingga 11 November ini. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli OPPO A73 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured