fbpx
More

    Gajet yang perlu anda bawa ketika melancong

    Membawa gajet ketika sedang bercuti membantu memudahkan percutian anda dengan lancar. Bayangkan jika anda tidak membawa gajet bersama, anda bukan saja tidak dapat merakam kenangan menerusi gambar dan video tetapi terpaksa berdepan dengan beberapa masalah lain. Berikut adalah antara gajet penting yang perlu anda bawa ketika bercuti.

    Headphone

    Peranan headphone ketika di dalam kapal terbang antaranya menghilangkan bunyi bising agar anda dapat berehat dengan lebih selesa. Meskipun headphone tidak dapat menghindari bunyi bising sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya anda tidak merasa terganggu dengan bunyi persekitaran.

    Pengecas Universal

    Pengecas yang mempunyai kuasa solar ini pasti memudahkan anda. Ibarat penyambungan elektrik mudah alih, anda tidak perlu lagi hadapi masalah untuk berserabut dengan wayar-wayar. Selain itu boleh disambungkan di laptop untuk mengecas dengan menggunakan USB yang disediakan.

    Komputer Riba

    Meskipun anda rasa boleh mendapatkan apa saja menerusi telefon pintar tetapi adalah lebih baik bawa komputer riba kerana reka bentuk terkini bersaiz ultra-nipis serta mempunyai isian program yang lengkap untuk memudahkan anda melakukan sesuatu perkara penting. Mungkin anda boleh mendapat sumber inspirasi untuk menghasilkan jurnal atau novel ketika bercuti.

    Telefon Pintar

    Gajet terpenting hari ini pastinya telefon pintar. Melalui telefon pintar, anda boleh memuat turun aplikasi penting untuk mendapatkan tiket murah dengan pantas, mendengar muzik dengan mudah, menulis nota peringatan dan banyak lagi. Aplikasi penting seperti kalkulator tukaran wang asing, terjemahan dan banyak lagi memudahkan percutian anda di negara asing dengan hanya hujung jari. Selain mengambil gambar dan video untuk dikongsikan di laman sosial.

    Portable Wi-Fi Hotspot

    Akses internet antara benda yang sangat diperlukan zaman sekarang. Ianya bukan lagi satu kehendak tetapi sudah menjadi satu keperluan tidak kira sama ada digunakan untuk bekerja atau pun tidak. Sekarang anda tak perlu risau lagi kerana sudah banyak syarikat yang menawarkan sewaan untuk wifi mudah alih seperti di lapangan terbang. Jadi lebih mudah untuk anda bawa satu dongle wifi mudah alih untuk bercuti.

    GPS

    Bukan tidak boleh menggunakan GPS yang terdapat pada telefon pintar anda tetapi ia akan mempercepatkan penggunaan bateri anda. Tambahan pula, telefon bimbit anda sudah pastinya mempunyai perkhidmatan di luar kawasan. Jika anda mempunyai alat GPS, anda boleh mengesan lokasi tanpa dikenakan caj tambahan. Malah, alat GPS tidaklah berat mana pun!

    Kamera Digital/ DSLR

    Kamera adalah satu keperluan. Apalah makna percutian tanpa merakam detik-detik indah ketika bercuti. Seperti pepatah inggeris ada mengatakan “picture speaks a thousand words!” Jadi jangan sesekali anda bercuti tanpa kamera.

    Kad Sim Antarabangsa

    Dengan liputan menyeluruh, kad sim antarabangsa ini menawarkan kadar sms serendah 15 sen. selain itu, kad ini turut menyediakan khidmat panggilan IDD bagi negara-negara terpilih. Mudah kan dengan kad sim antarabangsa ini terutama bagi mereka yang sering melancong.

    Power Bank

    Power bank juga merupakan gajet yang penting. Anda boleh mengecas ipad mahupun telefon anda pada bila-bila masa terutama bagi yang sering merakam gambar atau sentiasa menghadap gajet setiap saat, power bank ini sangat membantu.

    Sudahkah anda membuat checklist barangan sebelum memulakan perjalanan untuk bercuti? Beritahu kami di laman Facebook dan terus bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk tips serta berita dalam dunia teknologi.

     

    Artikel Terkini

    Telefon pintar cipset Snapdragon 8 Gen 4 pertama dijangka dilancar pada pertengahan Oktober

    Qualcomm telah memelihara kerahsiaan mengenai butiran prosesor mudah alih flagship akan datang mereka, Snapdragon 8 Gen 4. Namun, kebocoran dan desas-desus telah...

    Audio ‘lossless’ oleh Spotify dikatakan hampir siap

    Elemen antara muka (UI) yang bocor membayangkan kemungkinan keluaran peringkat audio tanpa kerugian (lossless) Spotify yang telah lama ditunggu-tunggu, menunjukkan ia mungkin...

    Threads benarkan kawalan terhadap siapa yang boleh mengulas ‘post’ anda

    Threads memperkenalkan kawalan baru yang membenarkan pengguna menguruskan siapa yang boleh mengulas kenyataan mereka dengan matlamat untuk mewujudkan persekitaran yang lebih positif...

    Google Wallet perkenalkan senarai ‘Kaedah Pembayaran’ baharu

    Kemas kini terbaru kepada Google Wallet untuk Android memperkenalkan pendekatan yang lebih teratur dalam menguruskan kaedah pembayaran yang disimpan. Menu akaun kini...

    Jalan Sultan Ismail menjadi dua hala, kurangkan kesesakan lalu lintas

    Sekurang-kurangnya 20 anggota Polis Kuala Lumpur telah ditempatkan untuk mengawal lalu lintas susulan penukaran jalan satu hala kepada dua hala di Jalan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X