fbpx
More

    OPPO K7x dilancar: Dimensity 720, skrin 90Hz, 4 kamera, cas pantas 30W VOOC berharga ~RM932

    OPPO hari ini telah melancarkan telefon kelas pertengahan yang baru iaitu OPPO K7x di China. Antara daya penarik telefon ini adalah pengecasan pantas 30W VOOC, bateri besar 5,000mAh dan skrin dengan kadar segar semula 90Hz.

    OPPO K7x dikuasai oleh cipset MediaTek Dimensity 720 dengan RAM 6GB dan storan dalaman 128GB. Daripada segi kamera, ia mempunyai empat kamera di belakang dan satu kamera di hadapan.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk OPPO K7x:

    • Skrin 6.5 inci Full HD+ dengan kadar segar semula 90Hz dan kadar bacaan sentuhan 180Hz
    • Cipset MediaTek Dimensity 720
    • RAM 6GB
    • Storan 128GB
    • Kamera utama 48MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera makro 2MP + kamera potret 2MP
    • Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan pantas 30W VOOC, boleh mengecas 50% selama 25 minit dan 100% selama 1 jam 6 minit
    • Pengimbas cap jari di sisi, sokongan face unlock
    • Pilihan warna hitam dan biru

    OPPO K7x dijual di China pada harga CNÂ¥1,499 (~RM932) namun setakat ini tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang telefon OPPO baru ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave Chinese

     

    Artikel Terkini

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia “A Heartwarming World” kini di Malaysia

    HUAWEI dengan bangga mengumumkan pelancaran Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia bertema "A Heartwarming World – 12 Years of HUAWEI Photography" di Pavilion Sentul...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X