More

    Bekalan awal vaksin COVID-19 pada 2021 diutamakan kepada petugas barisan hadapan

    Terkini, vaksin COVID-19 di Malaysia dijangka hadir sebagai bekalan awal pada suku pertama tahun 2021. Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin Abu Bakar melalui sidang Dewan Rakyat hari ini.

    Menurutnya, bekalan awal ini dijangka hadir pada suku pertama tahun 2021 dan keutamaan diberi kepada 3% populasi di negara ini yang terdiri daripada petugas barisan hadapan seperti doktor, jururawat, polis, petugas penjara dan lain-lain. Tambah beliau, sasaran imuninasi atau vaksin ini adalah untuk 70% populasi di Malaysia.

    Polisi imunisasi COVID-19 bersama pelan pelaksanaan yang meliputi senarai keutamaan, pengeluaran imunisasi awam secara besar-besaran, latihan anggota, pelan komunikasi kaji selidik dan lain-lain sedang disediakan dan bakal diumum pada awal tahun 2021.

    Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Semak berita lepas mengenai vaksin COVID-19 disini.

    Sumber: Khairy Jamaluddin

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...