More

    iPhone 13 mungkin dilengkapi pengesan cap jari Touch ID bawah skrin

    Sebelum ini, Apple pernah dikaitkan dengan teknologi pengesan cap jari bawah skrin namun ianya masih belum diaplikasikan pada peranti mereka. Terbaru, sumber dari Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat menunjukkan paten terbaru Apple mengenai teknologi pengecasan cap jari dalam skrin ini.

    Di dalam paten ini, Apple mencadangkan penggunaan gelombang inframerah pendek dalam sistem pengimejan optik untuk pengecaman cap jari. Kaedah ini boleh dianggap sebagai teknologi Touch ID bawah skrin dari Apple.

    Berdasarkan paten ini, sistem pengimejan optik yang digunakan bakal diletakkan di bawah timbunan paparan, sensor input dan penutup pelindung luaran. Berbeza dari teknologi sensor optikal sedia ada yang popular digunakan, ia menggunakan sistem pengimejan optikal yang memancarkan gelombang inframerah yang akan berinteraksi dengan jari pengguna.

    Disebabkan teknologi ini memancarkan gelombang dan bukannya cahaya, ianya tidak akan diganggu oleh sumber cahaya yang lain dan ketepatannya akan menjadi lebih baik.

    Teknologi sensor cap jari dalam skrin ini sudah mula digunakan oleh peranti Android sejak tahun 2018 lagi. Adakah ini petanda teknologi ini bakal digunakan pada iPhone siri baru dari Apple? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Mydrivers

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured