More

    HONOR 10X Lite akan dilancar pada 10 November, dilengkapi cipset Kirin 710 dan bateri 5,000mAh

    Telefon pintar seterusnya dalam siri HONOR X iaitu HONOR 10X Lite akan dilancarkan secara antarabangsa pada 10 November jam 2:00 petang CET (9:00 malam waktu Malaysia) dalam acara HONOR Online Gathering. Setakat ini ia telah pun dijual di Arab Saudi namun ia belum terdapat untuk pasaran-pasaran lain.

    Spesifikasi dalaman HONOR 10X Lite terdiri daripada cipset Kirin 710, RAM 4GB, storan dalaman 128GB dan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan 22.5W. Daripada segi skrin pula, ia dilengkapi skrin LCD Full HD+ berukuran 6.67 inci.

    Telefon ini mempunyai empat kamera di belakang yang terdiri daripada kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP manakala kamera depan pula adalah sebuah kamera 8MP. Seperti siri HONOR 9X sebelum ini, HONOR 10X Lite tidak dilengkapi perkhidmatan Google.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HONOR 10X Lite dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured