More

    Surface Laptop Go dilancar di Malaysia: Komputer Surface paling ringan dan mampu milik bermula RM2,758

    Microsoft Malaysia hari ini telah membuka pesanan awal untuk komputer riba terbaru, Surface Laptop Go. Microsoft mengatakan ini adalah komputer Surface yang paling ringan dan akan dijual dengan harga mampu milik, iaitu bermula RM2,758.

    Komputer ini dilengkapi skrin PixelSense berukuran 12.4 inci, pemproses Intel i5 Quad-Core Generasi ke-10, RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 256GB. Microsoft juga mengatakan baterinya mampu tahan sehingga 13 jam dan menyokong teknologi pengecasan pantas.

    Untuk tugas-tugas multimedia, Surface Laptop Go dilengkapi kamera 720p serta pembesar suara Omnisonic dan Dolby Audio. Beberapa model terpilih juga mempunyai butang kuasa yang turut bertindak sebagai pengimbas cap jari dan boleh digunakan untuk mendaftar masuk ke dalam komputer dan perkhidmatan OneDrive.

    Microsoft juga menyediakan perkhidmatan khas Surface Untuk Perniagaan, di mana Surface Laptop Go di bawah perkhidmatan ini akan dilengkapi sistem operasi Windows 10 Pro, keselamatan yang lebih tinggi dan perisian pengurusan perniagaan seperti Autopilot, Surface Enterprise Management Mode (SEMM) dan Microsoft Intune.

    Berikut adalah varian Surface Laptop Go dan harganya untuk pasaran Malaysia:

    ModelSurface untuk PenggunaSurface Untuk Perniagaan
    10th Gen Intel Core i5, RAM 4GB, storan eMMC 64GBRM2,758Akan diumumkan
    10th Gen Intel Core i5, RAM 8GB, storan SSD 128GBRM3,388RM3,780
    10th Gen Intel Core i5, RAM 8GB, storan SSD 256GBRM4,288RM4,561
    10th Gen Intel Core i5, RAM 16GB, storan SSD 256GBAkan diumumkanRM5,416

    Ia boleh ditempah sekarang di semua wakil penjual dan peruncit sah serta akan dijual secara umum bermula 24 November ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki Surface Laptop Go dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured