More

    Fon telinga AKG mungkin tidak akan diberi bersama telefon Samsung Galaxy S21

    Kebanyakan pengguna telefon pintar Samsung Galaxy pastinya sudah biasa dengan fon telinga AKG yang disertakan bersama telefon mereka dalam kotak. Walau bagaimanapun, sumber kini menyatakan perkara yang sama tidak akan disambung pada tahun hadapan di mana Samsung mungkin akan menggantikan fon telinga AKG dengan fon telinga wayarles Galaxy Buds Beyond untuk siri telefon Galaxy S21.

    Baru-baru ini, Samsung didapati telah menandakan tanda dagang untuk Galaxy Buds Beyond di Pejabat Paten Dan Tanda Dagang Amerika Syarikat (USPTO), di mana ia mungkin akan menggantikan fon telinga wayarles Galaxy Buds Live. Samsung telah pun menghasilkan fon telinga wayarles sebelum ini namun ia tidak pernah diberikan bersama mana-mana telefon.

    Paten USPTO untuk Galaxy Buds Beyond

    Samsung Galaxy S21 dikhabarkan akan dilancar pada bulan Januari 2021. Beritahu kami di Facebook jika anda mengharapkan fon telinga wayarles untuk diberikan bersama Galaxy S seterusnya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: SAM Mobile

     

    Artikel Terkini

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Honda integrasi Google Gemini pada kenderaan terpilih, ganti Google Assistant

    Honda mengumumkan pengintegrasian pembantu AI Google Gemini bagi kenderaan yang dilengkapi fungsi Google built-in. Naik naik taraf ini menggantikan sistem Google Assistant...

    Apple naikkan harga langganan Apple Music untuk pengguna di Malaysia

    Apple telah menaikkan harga langganan bulanan bagi perkhidmatan penstriman muzik Apple Music di pasaran Malaysia. Berdasarkan kemas kini harga terbaharu, pelan individu...

    PMX kini ada kembar AI, boleh jawab soalan rakyat bila-bila masa

    Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelancaran avatar kecerdasan buatan rasmi yang dikenali sebagai PMX AI. Sistem digitalnya dibina oleh Zetrix AI Bhd yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured