More

    Spesifikasi telefon klasik versi baru Nokia 6300 4G, Nokia 8000 4G terdedah, skrin hingga 2.8 inci

    Terkini, sumber yang tidak rasmi telah mendedahkan spesifikasi Nokia 6300 4G dan Nokia 8000 4G di internet. Kedua-dua peranti ini turut didedahkan dengan spesifikasi sokongan sistem pengoperasian KaiOS, varian storan dan warna pilihan.

    Menurut sumber, Nokia 6300 4G bakal hadir dengan reka bentuk berasaskan telefon klasik terdahulu Nokia 6300. Ia akan dilengkapi dengan bateri 1500mAh, paparan 2.4 inci, dijana pemproses satu teras, RAM 4MB, storan sehingga 512MB dan sokongan dua varian (satu kad SIM dan dua kad SIM). Ia juga menyokong microSD dengan penambahan storan sehingga 32GB dan bakal hadir dengan warna Charcoal, Cyan dan White. Peranti berukuran 53 x 131.4 x 13.7mm ini akan menyokong sambungan LTE, GSM/WCDMA, Bluetooth 4.0, GPS, GLONASS dan MicroUSB.

    Nokia 6300 klasik

    Untuk Nokia 8000 4G, ia akan hadir dengan paparan 2.8 inci, sokongan dua SIM dan mempunyai spesifikasi storan, penambahan storan dan RAM yang sama dengan Nokia 6300 4G. Ia juga menyokong spesifikasi sambungan yang sama dengan Nokia 6300 4G, tetapi dengan peilihan warna berbeza seperti Black, Gold, Blue dan White.

    Kedua-dua peranti ini dikatakan adalah salah satu usaha syarikat HMD untuk memberi nafas baharu kepada peranti klasik. Setakat ini, kami masih ketiadaan maklumat berkenaan tarikh pelancarannya atau adakah ia akan dijual di pasaran Malaysia.

    Beritahu kami pendapat anda mengenai berita ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

    Gambar: Nokia Power User

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured