More

    Prestasi peranti Apple misteri dengan cip A14X Bionic lebih padu daripada Intel Core i9

    Berita ini mungkin ‘racun’ kepada pengguna yang ingin menaik taraf komputer Mac mereka. Baru-baru ini, Apple disahkan bakal melangsungkan acara pelancaran komputer Mac baharu berasaskan cip ARM. Terkini, markah penanda aras peranti Apple misteri dengan cip A14 Bionic ditemui dengan prestasi yang lebih padu daripada pemproses Intel Core i9.

    Cip A14X Bionic didakwa sebagai cip berasaskan ARM. Peranti misteri Apple yang muncul ini didakwa sebagai prototaip iPad Pro 12.9 inci dengan panel LED mini yang dijangka dilancar pada tahun hadapan. Cip ini hadir dengan CPU 8 teras dengan kelajuan asas 1.8GHz yang boleh mencapai sehingga 3.1GHz.

    Sebagai maklumat lanjut, peranti ini diuji melalui Geekbench 5 dan mendapat markah Single-core 1643, manakala Multi-core 7220. Untuk perbandingan, MacBook Pro 16 inci yang dijana Intel Core i9 mendapat markah Single-core 1096, manakala Multi-core 6869. Seperti yang anda boleh lihat, peranti misteri ini mengatasi prestasi MacBook Pro dengan markah yang baik.

    Apa pun, peranti misteri Apple ini masih lagi kekal misteri. Begitu juga dengan maklumat yang tidak rasmi ini. Adakah anda berminat dengan peranti Apple baharu sekiranya ia hadir dengan A14X Bionic? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Semak berita lepas yang menarik mengenai Apple disini!

    Sumber: wccftech

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured