More

    Telefon pintar vivo hanya berharga serendah RM299 di Shopee sempena 11.11 Big Sale

    Terkini, vivo Malaysia telah mengumumkan maklumat jualan sempena Shopee 11.11 Big Sale pada 11 November ini. Anda boleh mendapatkan telefon pintar vivo dengan harga serendah RM299 sahaja melalui vivo Flagship Store di Shopee.

    Melalui jualan ini, vivo V91C 2GB+32GB bakal dijual dengan harga RM299 (harga asal RM379), vivo Y50 6GB+128GB pada harga RM659 (harga asal RM999), manakala viv0 S1 Pro 8GB+128GB berharga RM779 (harga asal RM1,099).

    Pada masa yang sama, anda layak mendapat kupon bernilai sehingga RM70 (berdasarkan terma dan syarat) melalui pembelian mana-mana produk vivo di stor rasmi vivo, Shopee Mall. Syarat kelayakan kupon adalah seperti di bawah.

    • RM8 baucar diskaun, tanpa pembelian minimum
    • RM20 baucar diskaun, dengan pembelian minimum RM100
    • RM25 baucar diskaun, dengan pembelian minimum RM399
    • RM40 baucar diskaun, dengan pembelian minimum RM599
    • RM70 baucar diskaun, dengan pembelian minimum RM1199

    Untuk maklumat lanjut, kunjungi vivo Flagship Store di Shopee dan laman Facebook rasmi vivo. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...