More

    Kamera Samsung Galaxy S21 Ultra mungkin akan dilengkapi sensor 108MP tanpa ToF

    Menurut maklumat awal daripada penghebah berita terkenal Ice Universe, telefon flagship Samsung Galaxy S21 Ultra yang akan dilancar pada awal tahun hadapan mungkin akan dilengkapi sensor 108MP yang lebih baik daripada sensor dalam Galaxy S20 Ultra namun tidak akan dilengkapi sensor kedalaman ToF (time-of-flight).

    Galaxy S21 Ultra mungkin akan menggunakan sensor ISOCELL Bright HM3 108MP dengan saiz piksel 0.8 mikrometer yang dinaik taraf sedikit daripada Galaxy S20 Ultra. Sistem pemfokusan ToF juga mungkin akan digantikan dengan sistem autofokus laser seperti yang terdapat pada Galaxy Note20 Ultra.

    Sensor 108MP yang lebih baik adalah sesuatu yang memang dijangkakan, namun pembuangan sensor ToF agak mengejutkan kerana sensor tersebut telah diperkenalkan dalam telefon Galaxy S sejak Galaxy S10. Buat masa ini, sensor autofokus laser digunakan dalam Galaxy Note20 Ultra manakala sensor ToF pula digunakan dalam Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra.

    Perlu diingati bahawa ini bukanlah maklumat rasmi daripada Samsung. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Ice Universe Twitter

     

    Artikel Terkini

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Honda integrasi Google Gemini pada kenderaan terpilih, ganti Google Assistant

    Honda mengumumkan pengintegrasian pembantu AI Google Gemini bagi kenderaan yang dilengkapi fungsi Google built-in. Naik naik taraf ini menggantikan sistem Google Assistant...

    Apple naikkan harga langganan Apple Music untuk pengguna di Malaysia

    Apple telah menaikkan harga langganan bulanan bagi perkhidmatan penstriman muzik Apple Music di pasaran Malaysia. Berdasarkan kemas kini harga terbaharu, pelan individu...

    PMX kini ada kembar AI, boleh jawab soalan rakyat bila-bila masa

    Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelancaran avatar kecerdasan buatan rasmi yang dikenali sebagai PMX AI. Sistem digitalnya dibina oleh Zetrix AI Bhd yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured