fbpx
More

    Ulasan 1MORE TWS ANC earbuds – Sangat ringan dengan pelbagai ciri yang menarik

    Baru-baru ini, sebuah lagi earbuds 1MORE True Wireless Stereo Active Noice Cancelling telah masuk ke pasaran Malaysia dengan tanda harga kelas pertengahan iaitu RM699. Dengan harga itu, adakah ianya mempunyai prestasi dan ciri yang istimewa berbanding dengan peranti TWS yang lain? Jawapan pendeknya ialah… ya dan tidak. Baca artikel ini dengan penuh untuk mengetahui apa yang kami maksudkan.

    Seperti tajuk artikel ini, 1MORE TWS ANC menawarkan pelbagai ciri teknologi dan rekaan yang menarik. Dari segi rekaan, ia adalah antara beberapa earbuds TWS yang hadir dengan reka bentuk bujur yang mudah dan selesa untuk dipakai. Cincin silikon telinga atau O-Hook yang ada pada earbuds ini menjadikannya terletak dengan baik di telinga anda. Yang menarik, earbuds ini adalah sangat ringan, jadi tiada masalah untuk dipakai sewaktu anda jalan, berlari ataupun melompat.

    Terdapat pelbagai pengganti tip telinga dan O-Hooks untuk saiz berbeza

    Walaupun reka bentuk bujur earbuds ini lebih senang dipakai, saiz jaringan fon telinga ini adalah sedikit besar. Malangnya, kotoran mudah untuk meletak di jaringan ini dan ianya hampir mustahil untuk dibersihkan, lagi-lagi dengan ketiadaan ciri kalis air.

    Walaupun kami tidak mengalami hal ini, beberapa pengulas yang lain juga menyatakan bahawa O-Hook pada earbuds ini mudah untuk terkoyak. Namun jangan risau kerana pengganti untuk O-Hook dan tip telinga ini disertakan di dalam kotak dengan saiz yang berbeza.

    Ia adalah antara TWS yang hadir dengan reka bentuk bujur yang selesa
    Silikon O-Hooks untuk mudah letak pada telinga
    Terdapat butang fizikal pada sisi untuk kawalan audio, manakala pembatalan audio aktif boleh diaktifkan dengan sentuhan pada badan earbud

    Kualiti bunyi yang dihasilkan oleh 1MORE TWS ANC ini adalah lebih baik dari sederhana dengan treble yang jelas serta bass yang seimbang. Pendengaran lagu adalah memuaskan dengan bunyi yang tidak pecah pada kelantangan yang tinggi. Dengan ciri Qualcomm aptX, prestasi audio ketika bermain game juga baik dan jelas tanpa sebarang sela masa (lag).

    Berkenaan bateri earbuds ini pula, anda boleh mengecas pantas selama 15 minit untuk pendengaran selama 2 jam. Pengecasan penuh mengambil masa antara 2 jam 30 minit sehingga 3 jam. Ini tidak menjadi masalah kepada kami kerana kami bukanlah pendengar yang tegar. Namun, jika anda pendengar yang tegar, baterinya tidak terlalu besar dan ia mengambil masa yang agak lama untuk penuh.

    Bekas earbuds ini dapat memanjangkan bateri earbuds ini dan ianya boleh dicas secara wayarles (Qi Standard) ataupun dengan kabel USB-C. Anda akan dapat sekitar 6 jam penggunaan dengan bateri dari bekas earbuds ini.

    Bekas pengecas earbuds
    Bekas pengecas tanpa earbuds
    Bekas pengecas dengan earbuds
    Bekas pengecas yang boleh dicas dengan kabel USB-C dan pengecas wayarles Qi

    Peranti ini dapat digunakan pada jarak dalam 10 meter dengan penyambungan yang baik. Namun, jika ianya lebih jauh dari 10 meter, sambungannya adalah kurang stabil. Permasangan peranti ini adalah laju dan anda perlu menggunakan kedua-dua belah ataupun belah kiri sahaja untuk menyambungkan dengan telefon pintar anda. Earbuds ini datang dengan sensor inframerah yang dapat mengesan jika peranti ini tidak dipasang di telinga, ianya akan tutup secara automatik untuk jimat bateri.

    Prestasi panggilan dan mikrofon ketika mesyuarat dalam talian juga baik dengan 1MORE TWS ANC ini. Namun, ciri utama, MaxQuiet ANC atau ciri pembatalan bunyi aktif adalah kurang memuaskan. Ciri ini mudah untuk diaktifkan dengan hanya menyentuh pada badan earbuds ini. Ia dapat membatalkan bunyi latar belakang dengan baik tetapi tidak pada suara perbualan yang berdekatan. Ciri pengawalan yang lain juga dapat dikawal dengan baik.

    Peranti yang mudah untuk dibawa
    Sangat ringan dan selesa untuk digunakan

    Secara menyeluruh, 1MORE TWS ANC ini adalah belian yang baik jika anda ingin mendengar lagu ataupun untuk bermain game. Namun, anda perlu memastikan telinga anda bersih dan elakkan daripada menggunakannya ketika bersenam ataupun di dalam tandas. Dengan tanda harga RM699, ia dapat menawarkan ciri-ciri yang menarik, tetapi reka bentuk dan ciri pembatalan bunyi menjadikannya susah untuk kami cadangkan kepada anda.

    Pilihan earbuds yang lain yang anda boleh pertimbangkan adalah Sony WF-XB700, HONOR Magic Buds dan HUAWEI FreeBuds. Semuanya menawarkan jarak pendengaran yang lebih baik, mempunyai ciri kalis air serta bateri yang lebih panjang. Namun, ketiga-tiganya tidak menawarkan pelbagai ciri yang menarik yang ada pada 1MORE TWS ANC ini (ANC, Qualcomm aptX, pengecasan wayarles, cas pantas dan lain-lain).

    Spesifikasi dan ciri teknologi earbuds 1MORE True Wireless ANC

    • Sokong : Bluetooth 5.0 (HFP/A2DP/AVRCP), Qualcomm aptX, AAC
    • Jarak Bluetooth : 10m
    • Dimensi earbud : 38 x 18 x 28.5mm, berat : 7.9g
    • Bateri earbud : 55mAh, pengecasan 1 jam untuk bateri 6 jam dengan volume 50%
    • Dimensi bekas earbuds : 81.32 x 30 x 38.5mm, berat : 63.2g
    • Bateri bekas earbuds : 410 mAh, pengecasan penuh 2 jam USB-C, cas wayarles Qi
    • Ciri mikrofon dengan pembatalan bunyi aktif
    • Chip Hi-Res DSP dengan pemacu dinamik
    • Mikrofon ENC
    • Sensor inframerah

    Kelebihan : Sangat ringan, reka bentuk bujur yang menarik dan mudah dipakai. Bunyi yang baik dengan pengalaman gaming aptX tanpa sela masa (lag)

    Kelemahan : Sedikit mahal. Ciri pembatalan bunyi yang kurang baik. Jaringan yang sukar unruk dibersihkan.

    Kesimpulan : Bagus untuk gamers dan pengemar audio dengan telinga yang bersih

     

    Artikel Terkini

    Qualcomm umumkan Snapdragon X Plus, cipset komputer riba berasaskan ARM

    Qualcomm Technologies, Inc. memperkenalkan Snapdragon X Plus, mengembangkan portfolio platform siri Snapdragon X yang terkenal. Snapdragon X Plus adalah CPU Qualcomm Oryon...

    WhatsApp sedang uji ciri berkongsi fail tanpa sambungan internet

    WhatsApp sedang bersiap untuk kemas kini penting yang satu memberi tumpuan kepada membolehkan perkongsian fail melalui rangkaian tempatan dan menambah ciri mengambil...

    CelcomDigi perkenalkan pakej “roaming” khas untuk jemaah umrah dan haji

    Syarikat telekomunikasi CelcomDigi kini memperkenalkan pakej perayauan baharu Hajj Roaming Pass yang dikhaskan untuk para pelanggan yang ingin menunaikan ibadat haji atau...

    Infinix GT 20 Pro akan dilancar di Malaysia pada 2 Mei 2024

    Infinix Malaysia bakal melancarkan telefon pintar terbaru, Infinix GT 20 Pro, pada hari Khamis, 2 Mei 2024. Telefon kelas pertengahan ini bakal...

    Tesla Model 3 Performance rasmi di Malaysia, 0-100km/j hanya 3.1 saat bermula RM242,000

    Hari ini, Tesla Malaysia telah melancarkan Tesla Model 3 Performance secara rasmi. Untuk pengetahuan, Tesla Model 3 Performance telah dilancarkan sebelum laporan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X