More

    Harga PlayStation 5 di Malaysia bocor, versi digital berharga RM1,660

    Sudah sekian lama peminat Sony PlayStation 5 menanti kehadirannya di pasaran Malaysia. PS5 telah diumumkan dahulu, namun harga dan maklumat jualannya masih lagi samar-samar sehingga kini. Terkini, harga PS5 di Malaysia dilapor tertiris, bermula pada RM1,660.

    Harga ini bukanlah harga yang rasmi. Maklumat Sony PS5 versi digital berharga RM1,660 ini dipaparkan melalui poster yang dimuat naik oleh RinggitPlus. Seperti yang kita sudah sedia maklum, harga PS5 versi digital adalah lebih murah. Jika benar ini harganya, maka PS5 akan bermula dari harga RM1,660 untuk PS5 Digital Edition dan lebih mahal untuk PS5 versi biasa.

    Sepintas lalu, anda boleh membaca artikel lepas mengenai PlayStation 5 atau PS5 di pautan yang disediakan.

    Setakat ini, Sony masih tidak mengumumkan harga rasmi PS5. Apakah pendapat anda mengenai khabar angin ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    EU KIDS Act diperkenal untuk lindungi kanak-kanak bawah 15 tahun

    Suruhanjaya Eropah telah mengumumkan cadangan rasmi bagi rang undang-undang EU KIDS Act yang bertujuan mempertingkatkan keselamatan kanak-kanak dalam talian di seluruh Kesatuan...

    Penuntut Monash menang James Dyson Award 2026 Malaysia menerusi peranti ZeMor

    Pelajar tahun akhir kejuruteraan dari Monash University Malaysia, Hayley Nea Iaduray, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan James Dyson Award 2026 menerusi ciptaan peranti...

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured