More

    Tidak perlu imbas kod MySejahtera sewaktu isi minyak – CPRC

    [Kemas kini, 5:28 petang 10 November] Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa pengguna tidak perlu mengimbas kod QR MySejahtera jika sekadar mengisi minyak dengan bayaran elektronik di pam minyak. Walau bagaimanapun, mereka yang ingin ke surau, kedai dan kemudahan-kemudahan lain dalam stesen minyak perlu mengimbas kod tersebut.

    [Kemas kini, 4:46 petang 10 November] Setakat ini, masih tiada pihak berkuasa yang membuat siaran media rasmi atau pengumuman rasmi berkenaan hal ini.

    [Berita asal] Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) telah menjelaskan bahawa rakyat tidak perlu mengimbas kod QR MySejahtera sewaktu mengisi minyak ke dalam kenderaan mereka. Kenyataan ini bagi membalas laporan berita tular semalam yang mengatakan pengguna kini perlu mengimbas kod QR setiap kali mengisi minyak.

    CPRC telah menjelaskan kenyataan ini kepada Free Malaysia Today, di mana rakyat hanya perlu mengimbas kod MySejahtera apabila memasuki sebuah premis perniagaan. Tugas ringkas seperti mengisi minyak atau membuat pembayaran tidak perlu pengimbasan MySejahtera.

    Presiden Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM)  Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz turut mengatakan perkara yang sama, di mana pelanggan yang datang ke stesen minyak hanya perlu mengimbas kod QR jika mereka masuk ke dalam surau, kedai atau tandas.

    Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut mengesahkan perkara ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Free Malaysia Today

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured