More

    Mac mini dilancar: Cip M1, pembelajaran mesin 15 kali lebih padu bermula dengan harga RM2,999

    Melalui acara pelancaran hari ini, Apple turut memperkenal Mac mini baharu dengan janaan prestasi cip M1. Peranti yang menjadi pusat janaan komputer anda ini hadir dengan rekaan kompak seperti generasi dahulu, tetapi dengan naik taraf prestasi yang baik.

    Menurut Apple, Mac mini tampil dengan prestasi CPU 3x lebih pantas dan grafik 6x lebih pantas berbanding model terdahulu. Dengan 16 teras Neural Engine pada cip M1 yang menjana Mac mini, ia memberi prestasi pembelajaran mesin (ML) 15x lebih baik seperti kelajuan menganalisis pengeditan video, pengecaman seuara, pemprosesan imej dan banyak lagi. Anda boleh menyemak spesifikasi asas Mac mini seperti di bawah.

    • Cip Apple M1
    • RAM 8GB (boleh ditambah sehingga 16GB)
    • Storan SSD 256GB/512GB (boleh ditambah sehingga 2TB)
    • Sokongan paparan video sehingga 6K 60Hz melalui sambungan Tunderbolt, 4K 60Hz melalui HDMI 2.0
    • Menyokong sehingga 6K Pro Display XDR
    • Port tersedia: Bicu audio 3.5mm, Ethernet, 2x Thunderbolt/USB 4, HDMI 2.0, 2x USB-A
    • Sokongan WiFi 6, Bluetooth 5.0 dan Ethernet
    • Dioperasikan macOS

    Untuk pengetahuan anda, Mac mini turut menyokong aplikasi iPhone dan iPad. Melalui laman web Apple Malaysia, Mac mini varian 256GB tersedia dengan harga RM2,999, manakala varian 512GB berharga RM3,799.

    Adakah anda berminat dengan Mac mini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured