fbpx
More

    Harga flagship siri Samsung Galaxy S20 mungkin bermula dengan RM4,735 dan Galaxy Z Flip RM6313 sahaja

    Terdahulu, khabar angin ciri teknologi dan spesifikasi penuh Samsung Galaxy S20 dibocorkan melalui sebuah akaun di laman Twitter. Terkini, khabar angin mengenai harga siri Samsung Galaxy S20 dan Samsung Galaxy Z Flip mula tular dalam kalangan warga teknologi.

    Sepintas lalu, siri Samsung Galaxy S20 dilaporkan bakal hadir dengan Galaxy S20, S20 Plus dan S20 Ultra. Siri ini juga dilaporkan bakal dikuasai cipset Exynos 990 untuk pasaran Eropah dan Asia! Tidak cukup dengan itu, Galaxy S20 Ultra turut dikhabarkan memiliki kamera utama 108MP. Berdasarkan spesifikasi di atas, anda kini boleh mempertimbangkan pembelian peranti ini dengan khabar angin harganya.

    Galaxy S20 Ultra 5G mungkin berharga 1,300 euro (lebih kurang RM5,862). Diselangi Galaxy S20 dengan harga 900 euro (lebih kurang RM4,058) atau 1,000 euro (lebih kurang RM4,509) dan Galaxy S20 Plus dengan harga 1,050 euro (RM4,735) atau 1,100 euro (lebih kurang RM4,960). Anda juga mungkin boleh menjangkakan harga yang lebih rendah untuk peranti versi 4G. Untuk Samsung Galaxy Z Flip yang mungkin hadir dengan kamera 12MP pula, anda boleh menjangkakan harga 1,400 euro (lebih kurang RM6313).

    Apa pun, nantikan liputan berita terkini mengenai harga rasmi peranti ini di Malaysia melalui kami. Adakah khabar angin harga ini berbaloi untuk spesifikasi tidak rasmi siri Samsung Galaxy S20 dan Samsung Galaxy Z Flip? Beritahu di laman Facebook kami dan nantikan berita khabar angin telefon pintar terkini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

    Sumber: GIZMOCHINA

     

    Artikel Terkini

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X