fbpx
More

    Jualan 11.11 Digi: Pelbagai pelan & peranti pada harga promosi termasuk Galaxy Note20 dan HUAWEI P40

    Pada hari ini, Digi Telecommunications menganjurkan kempen promosi 11.11 Specials: Lebih Jimat, Lagi Erat bagi menawarkan pelbagai tawaran untuk pelan telko Digi serta peranti elektronik di Digi Online Store dan aplikasi MyDigi App. Antara telefon pintar yang ditawarkan dalam kempen ini ialah Samsung Galaxy Note20, vivo X50 Pro dan HUAWEI P40.

    Pelanggan pascabayar boleh mendapatkan rebat RM110 untuk telefon-telefon di atas jika mereka menukar telefon mereka melalui program PhoneFreedom 365. Di samping itu, setiap pembelian peranti juga akan disertakan hadiah percuma seperto Samsung Galaxy Buds+ dan bekas pengecas wayarles HUAWEI.

    Sementara itu, 20,000 pelanggan Digi yang mengaktifkan pembayaran bil automatik dengan kad Mastercard di Digi Store Online layak meneriba baucar RM50 dan rebat 5% untuk bil mereka dalam enam bulan seterusnya. Rebat RM11 juga akan diberikan kepada pelanggan baru Digi Prepaid NEXT bernilai RM28.

    Perkhidmatan ganjaran MyDigi Rewards juga menanti pelanggan Digi, dengan potongan harga sehingga 70% di pelbagai kedai seperti Inside Scoop, Texas Chicken, Tealive, Pixajoy, Photobook dan banyak lagi.

    Promosi di atas dan lain-lain promosi kempen ini boleh diketahui dalam laman web Digi 11.11 Specials. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli produk daripada kempen ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Semua kaunter khidmat pelanggan Rapid KL kini terima kad debit, kredit

    Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan pengangkutan awam rel Rapid KL mengumumkan bahawa semua kaunter perkhidmatan pelanggannya sudah mula...

    Assassin’s Creed Mirage akan ditawarkan untuk iPhone dan iPad pada 6 Jun 2024

    Siri iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max serta tablet iPad yang dilengkapi cip M1 sudah mempunyai kuasa pengkomputeran yang cukup...

    Siri iQOO Z9 akan dilancar di Malaysia pada 9 Mei 2024

    iQOO Malaysia bakal melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan iQOO Z9 Series pada hari Selasa, 9 Mei 2024. Ia merupakan telefon kelas...

    Ulasan HONOR MagicBook X 16 – Berbaloi jika anda peminat skrin besar!

    Dalam pasaran komputer riba segmen pertengahan yang sesak, mungkin sukar untuk mencari peranti yang menawarkan keseimbangan ciri, prestasi dan nilai yang menarik....

    OPPO A60 dilancar di Malaysia: Snapdragon 680, RAM 8GB dan kamera 50MP bermula RM699

    OPPO Malaysia memperkenalkan tambahan baharu kepada telefon pintar siri A iaitu OPPO A60 yang menawarkan reka bentuk premium dan tahan lama yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X