More

    Apple hentikan jualan MacBook Air yang dilengkapi cipset Intel bermula hari ini

    Jika anda merancang untuk mendapatkan komputer riba Macbook Air yang dilengkapi cipset Intel dengan murah selepas pelancaran komputer baru pada malam tadi, anda tidak dapat berbuat demikian. Apple telah menghentikan penjualan untuk semua MacBook Air yang dilengkapi cipset Intel.

    Pada waktu artikel ditulis, laman web Apple Malaysia tidak lagi memaparkan komputer riba MacBook Air yang dilengkapi cipset Intel. Sebaliknya, hanya MacBook Air yang dilengkapi cipset Apple M1 sahaja yang terdapat pada laman web itu.

    Ini bukanlah langkah yang tidak dijangkakan kerana Apple pasti ingin pelanggan baru memilih MacBook Air dengan cipset M1. Sementara itu, komputer riba MacBook Pro dan komputer kecil Mac Mini masih dijual bersama cipset Intel, walau bagaimanapun harganya tidak dikurangkan dan malah dinaikkan sedikit.

    Setakat ini tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia, namun anda sudah boleh maklumat dan harganya di laman web Apple Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured