fbpx
More

    Selepas PS5, kini rakyat Malaysia beratur panjang untuk siri iPhone 12 pula!

    Berikutan hari pertama pra-tempah dibuka untuk PlayStation 5 pada beberapa hari lepas, ia dilihat mendapat sambutan di pasaran Malaysia. Memandangkan 13 November adalah hari pertama siri iPhone 12 tersedia di kedai, peminat di Malaysia tidak ketinggalan untuk menyertai barisan yang panjang untuk mendapatkan siri iPhone 12!

    Selepas PS5, kini siri iPhone 12 pula dilihat laris. Ianya mungkin tidak kelihatan seperti dahulu dimana peminat lebih ramai berkumpul di hadapan kedai kerana ramai yang telah memilih untuk mendapatkannya secara dalam talian. Apa pun, masih terdapat barisan panjang di kedai telekomunikasi di beberapa pusat beli belah termasuklah AEON Seremban.

    Perkongsian gambar situasi hari pertama penjualan siri iPhone 12 ini menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen. Jikan anda perlu mendapatkan siri iPhone 12 di kedai, kami menasihatkan anda untuk kekal menjaga SOP seperti memakai pelitup muka dan menjaga jarak.

    Siri iPhone 12 kali ini hadir dengan model terbaru seperti iPhone 12 mini dengan harga lebih rendah berbanding yang lain. Mungkin peminat ingin mendapatkan siri iPhone 12 kerana harganya yang agak lebih rendah berbanding harga pengenalan siri iPhone terdahulu.

    Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Adakah anda juga salah seorang peminat siri iPhone 12? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    DNB, Ericsson bekerjasama untuk memajukan perusahaan di Malaysia melalui teknologi 5G

    Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson, sebuah syarikat teknologi komunikasi global yang terkemuka telah mengumumkan secara rasmi rancangan untuk memacu transformasi digital...

    Kempen Jualan Super 5.5 realme: Baucar sehingga RM1,800 di Shopee, Lazada dan TikTok Shop

    Bermula 3 Mei 2024, realme Malaysia bekerjasama dengan Shopee, Lazada dan TikTok Shop mengadakan Kempen Jualan Super 5.5. Dalam tempoh tiga hari,...

    OPPO A38 dan A18 kini mendapat penurunan harga sebanyak RM50

    OPPO Malaysia telah mengumumkan pelarasan harga yang ketara untuk model OPPO A38 dan A18 dengan menawarkan penjimatan sehingga RM50. Harga baharu itu...

    Sony Xperia 1 VI mungkin bawa peningkatan lensa telefoto, Snapdragon 8 Gen 3 dan...

    Sony bersedia untuk mendedahkan telefon pintar andalan terbaru mereka, Xperia 1 VI yang dijadualkan untuk dilancarkan pada 17 Mei 2024. Walaupun dianggap...

    WhatsApp sedang uji ciri sekat pengguna sementara jika langgar dasar khusus

    WhatsApp memperkenalkan ciri sekatan akaun baharu seperti yang dilihat dalam versi beta Android baru-baru ini. Ciri ini akan sementara menghalang pengguna daripada...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X