More

    Rupa Samsung Galaxy M12 tertiris, bakal dilengkapi bateri sangat besar

    Media telah melaporkan bahawa rupa awal untuk telefon pintar kelas pertengahan Samsung Galaxy M12 telah pun tertiris. Telefon ini bakal mempunyai satu ciri menarik iaitu baterinya yang besar dengan kapasiti sehingga 7,000mAh.

    Selain daripada itu, ia mempunyai spesifikasi yang agak biasa untuk telefon kelas pertengahan iaitu badan yang dibuat daripada plastik, skrin 6.5 inci, butang kuasa yang bertindak sebagai pengimbas cap jari dan kamera swafoto yang berada di dalam takuk (notch) kecil. Warnanya di belakang pula terdiri daripada dua tona, berlainan daripada Galaxy A42 yang mempunyai empat tona warna.

    Galaxy M12 juga mungkin akan dilengkapi empat kamera yang disusun dalam sebuah bonggol kamera berbentuk segi empat sama. Dengan bateri sehingga 7,000mAh digabungkan dengan cipset kelas pertengahan, telefon ini pasti boleh bertahan selama beberapa hari dengan mudah. Sebelum ini, Samsung Galaxy F41 sudah pun dilengkapi bateri 6,000mAh namun nampaknya Samsung mungkin ingin menawarkan telefon dengan bateri yang lebih besar daripada itu.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Samsung Galaxy M12 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Voice

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured