More

    MSI Modern dilancar di Malaysia: Komputer riba Intel i7 11th Gen, RAM 16GB, SSD 512GB bermula RM3,699

    MSI Malaysia hari ini telah melancarkan siri komputer riba multimedia baharu iaitu MSI Modern yang dilengkapi cipset Intel i7 generasi ke-11 Tigerlake, pemproses grafik NVIDIA MX450 atau Intel Iris Xe dan skrin IPS 1080p. Komputer ini boleh dibeli bermula hari ini dengan harga bermula RM3,699.

    Komputer MSI Modern dilengkapi RAM sehingga 16GB, storan SSD PCI-E Gen 4 512GB dan sokongan Thunderbolt 4 untuk dihubungkan dengan skrin luaran, storan atau lain-lain aksesori. Skrinnya terdapat dalam dua varian saiz standard iaitu 14 inci (Modern 14) dan 15.6 inci (Modern 15).

    Untuk penggunaan mudah alih yang bagus, MSI mengatakan bateri MSI Modern boleh tahan sehingga 10 jam dan mempunyai sokongan pengecasan pantas namun kadar Watt tidak disediakan. Selain itu, komputer ini juga agak ringan iaitu 1.3 kg untuk skrin 14 inci dan 1.6kg untuk skrin 15.6 inci. Berikut adalah perbezaan utama di antara varian-varian MSI Modern:

    SiriSkrinGPURAMHarga
    Modern 1414 inci, 72% NTSCNVIDIA MX450 GDDR6 4GB16GBRM4,499
    Modern 1515.6 inci, 45% NTSCUnified Memory Architecture (UMA)8GBRM3,699
    Modern 1515.6 inci, 72% NTSCNVIDIA MX450 GDDR5 2GB8GBRM4,399

    Sebelum ini, MSI telah mengumumkan tiga siri komputer riba baharu iaitu Summit, Prestige dan Modern namun pada waktu artikel ditulis, hanya Modern yang telah dipasarkan dalam Malaysia.

    Setakat ini, MSI Modern hanya terdapat dalam dua warna iaitu biru Bluestone untuk Modern 14 dan kelabu Carbon Grey untuk Modern 15. Layari laman web MSI Malaysia untuk maklumat lanjut tentang siri komputer riba ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan MSI Modern dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Pembelian Warner Bros oleh Paramount digantung 14 hari susulan saman 12 negeri

    Hakim persekutuan di California telah mengarahkan Paramount Skydance dan Warner Brothers Discovery untuk menangguhkan penggabungan mereka secara sementara. Keputusan ini dibuat bagi...

    Google lancarkan Gemini 3.6 Flash, 3.5 Flash-Lite dan 3.5 Flash Cyber

    Google secara rasmi memperkenalkan tiga model kecerdasan buatan (AI) baharu iaitu Gemini 3.6 Flash, Gemini 3.5 Flash-Lite dan Gemini 3.5 Flash Cyber....

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured