More

    Pemandu KL kini boleh beli pas parkir DBKL bulanan melalui aplikasi EZ Smart Park bermula RM160

    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini mengumumkan bahawa para pemandu Kuala Lumpur kini boleh membeli Pas Bulanan Tempat Letak Kereta melalui aplikasi EZ Smart Park sahaja, dengan harga bermula daripada RM160. Sebelum ini, DBKL mengatakan mereka sedang berusaha untuk memperkenalkan lebih banyak aplikasi e-dompet namun buat masa ini hanya satu aplikasi tersebut yang disokong secara rasmi.

    Bayaran akan dibahagikan mengikut tiga zon iaitu Zon A (RM320), Zon B (RM160) dan Zon C (RM160). Pelanggan Zon B dan Zon C boleh meletak kereta di kedua-dua zon tersebut sahaja, manakala pelanggan Zon A boleh meletakkan kereta di semua zon. DBKL mengingatkan bahawa kenderaan yang telah dibelikan pas parkir bulanan tidak boleh dipindah kepada nombor kenderaan lain.

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan melanggan pas bulanan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: DBKL Facebook

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured