More

    HUAWEI Mate40 Pro 5G dilihat dalam senarai SIRIM, bakal hadir di Malaysia

    Terdahulu, HUAWEI telah melancarkan siri HUAWEI Mate40 5G di pasaran China. Kelibatnya masih tidak dilihat di pasaran Malaysia sehingga ia kini ditemui dalam senarai pengesahan SIRIM. Penemuan ini sekaligus membawa mesej kepada peminat bahawa ia bakal dilancar di Malaysia tidak lama lagi.

    HUAWEI Mate40 Pro 5G dilihat dalam senarai SIRIM dengan nombor model NOH-NX9. Untuk pengetahuan anda, siri HUAWEI Mate40 5G adalah peranti Android pertama yang hadir dengan janaan cip 5nm. Namun, kami tidak mempunyai maklumat mengenai model lain seperti HUAWEI Mate40 dan HUAWEI Mate40 Pro+.

    Sepintas lalu, HUAWEI Mate40 Pro 5G dilengkapi Kirin 9000 5G, Paparan melengkung 6.76 inci OLED FHD+ 90Hz, kamera utama 50MP RYYB + 20MP Ultra Lebar Cine + 12MP Telefoto (5x Periskop), kamera swafoto 13MP + kamera 3D Depth Sensing dan dioperasikan EMUI 11. Lebih menarik, ia dilengkapi pengecas pantas 66W dan diklasifikasikan sebagai telefon dengan kamera terbaik di DXOMARK.

    Untuk rujukan, HUAWEI Mate40 Pro 5G berharga €1,199 (~RM5,878) di pasaran luar negara. Apa pun, kita perlu menunggu maklumat rasmi dari HUAWEI Malaysia mengenai tarikh pelancaran dan harga rasminya di Malaysia. Beritahu pandangan anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Semak spesifikasi siri HUAWEI Mate40 disini!

    Sumber: SIRIM

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured