More

    Komputer Windows mungkin akan sokong penggunaan aplikasi Android pada 2021

    Pada 2021, Microsoft mungkin akan memperkenalkan sokongan aplikasi Android untuk sistem operasi komputer Windows 10. Bagi membantu ciri ini, Windows mungkin perlu menyediakan platform untuk Google Play Services di dalam Windows 10.

    Sebelum ini, Windows pernah melakukan usaha yang serupa bernama Windows Bridge for Android namun ia ditamatkan pada 2016. Buat masa ini, terdapat beberapa telefon Android yang menyokong penggunaan dalam Windows namun ia hanya dihadkan untuk beberapa fungsi asas.

    Sebagai contoh, telefon dan tablet flagship Samsung boleh dihubungkan kepada komputer menggunakan perantaraan Samsung DeX. Untuk jenama telefon pintar lain pula, pengguna mungkin perlu menggunakan emulator pihak ketiga untuk menghubungkan telefon dengan komputer Windows.

    Beritahu kami di Facebook jika fungsi Windows ini akan memanfaatkan anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Windows Central

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured