More

    LHDN tamatkan bayaran cukai melalui pos bermula 2021 untuk fokus pada perkhidmatan atas talian

    Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini menyatakan bahawa mereka tidak lagi menerima bayaran cukai menggunakan cek melalui kiriman pos atau kurier bermula 1 Januari 2021. Usaha ini adalah selari dengan sasaran kerajaan untuk meningkatkan penggunaan bayaran secara atas talian.

    Rakyat kini boleh membayar cukai melalui laman web LHDN, portal perbankan internet yang diiktiraf, kaunter di Pusat Bayaran LHDN, kaunter bank yang diiktiraf, mesin ATM atau mesin deposit tunai atau cek.

    Walau bagaimanapun, bayaran melalui pos masih boleh dibuat untuk Cukai Keuntungan Harta Tanah, Cukai Pendapatan Penghibur Awam, Cukai Pegangan dan Kompaun.

    LHDN juga mengingatkan pembayar yang menggunakan perkhidmatan pembayaran atas talian untuk menyimpan semua slip pengesahan bank atau transaksi e-bayaran sebagai bukti kerana LHDN tidak akan mengeluarkan resit bagi transaksi bayaran cukai secara atas talian.

    Kongsi pendapata anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: LHDN

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured