Celcom telah menaik taraf pelan siri MEGA dan LIGHTNING dengan kuota data internet pada bulan Julai yang lalu. Syarikat telko biru ini kini menambah pula kelajuan internet, hotspot bulanan dan rangkaian internet keluarga bulanan secara percuma.
Melihat kepada jadual yang dimuat naik dalam siaran FAQ Celcom, pelan UNLIMITED L dan UNLIMITED M masing-masing mendapat penambahan kelajuan internet 20Mbps dan 10Mbps. Penambahan ini adalah sebanyak 5Mbps dari kelajuan asal. Hotspot bulanan untuk dua siri pelan masih lagi percuma, tetapi masing-masing dengan data internet tambahan 30GB dan 10GB.

Celcom turut menambah 15GB talian internet keluarga bulanan (berjumlah 30GB) setiap satu talian. Terdahulu, data internet telah dinaikkan sehingga 25GB dan talian 12GB kini berharga RM40 sahaja (harga asal RM45). Anda boleh melihat jadual perubahan yang baru ini di laman FAQ Celcom.
Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Celcom







