More

    Kes ‘sedut’ kredit prabayar melalui SMS, 5 syarikat telco Malaysia disiasat

    Pernahkah anda menerima SMS yang mengambil kredit prabayar anda antara 50 sen sehingga RM5 untuk sesuatu yang anda tidak langgan atau maklumat yang anda tidak inginkan? Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melaporkan kepada sumber bahawa lima syarikat telekomunikasi (telco) kini sudah disiasat.

    Menurut sumber, SPRM mendedahkan bahawa lima syarikat telekomunikasi sudah disiasat dan siasatan sepenuhnya akan dilakukan kepada syarikat telekomunikasi lain yang diyakini bersekongkol dengan syarikat penyedia kandungan. Syarikat penyedia kandungan (yang menjalankan kegiatan curi kredit) ini dikesan membayar rasuah kepada ‘orang dalam’ syarikat telekomunikasi; antara RM100,000 hingga RM200,000 seorang.

    Hasilnya, kakitangan syarikat telekomunikasi yang menerima rasuah akan membocorkan data sulit pelanggan. Kemudian, syarikat penyedia kandungan akan menghantar SMS yang mengenakan caj kredit. Menurut SPRM, siasatan sudah dilakukan sejak bulan Mac lalu.

    Pernahkah anda menerima SMS yang tiba-tiba mengenakan caj dan mencuri kredit anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Harian Metro

    Gambar ihsan Rozaliaalik

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured