More

    5 syarikat penerbangan utama perkenalkan pasport kesihatan untuk kurangkan penularan COVID-19

    Bermula 15 Disember ini, lima syarikat penerbangan utama antarabangsa akan memperkenalkan sebuah pasport kesihatan digital bagi memastikan agar semua penumpang tidak dijangkiti COVID-19 dan tidak perlu dikuarantin. Pasport bernama CommonPass itu akan diperkenalkan oleh JetBlue, Lufthansa, Swiss International Airlines, United Airlines dan Virgin Atlantic.

    CommonPass akan menyimpan semua maklumat kesihatan yang diperlukan oleh pihak berkuasa kesihatan dan menjana sebuah kod QR yang boleh diimbas oleh pekerja penerbangan. Pasport tersebut dibangunkan oleh The Commons Project Foundation di Switzerland dengan sokongan daripada World Economic Forum.

    Setakat ini, pasport tersebut bukanlah suatu kewajipan oleh para penumpang, namun mungkin akan dijadikan satu standard pada masa akan datang. CommonPass telah diuji oleh Cathay Pacific Airways dan United Airlines pada bulan Oktober lalu untuk penerbangan di antara Hong Kong, Singapura, London dan New York.

    Adakah anda bersetuju dengan konsept pasport kesihatan? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Health Care Global

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured