More

    Apple mungkin bekerjasama dengan Samsung untuk kamera periskop iPhone akan datang

    Beberapa minggu yang lepas, Apple telah melancarkan telefon siri iPhone 12 mereka dan ianya telah mendapat sambutan yang positif dari orang ramai. Kini, sumber mengenai generasi baru iPhone pula sudah muncul di dalam talian.

    Sumber terbaru menyatakan bahawa Apple mungkin bekerjasama dengan syarikat teknologi gergasi Korea Selatan, Samsung untuk teknologi lensa periskop. Hal ini adalah kerana Apple dikhabarkan ingin menaikkan prestasi zum optikal pada telefon generasi baru mereka.

    Samsung sebelum ini pernah menggunakan lensa periskop pada Samsung Galaxy S20 Ultra yang mempunyai kebolehan zum sehingga 100 kali. Samsung juga telah mengambil alih syarikat Corephotonis yang menghasilkan teknologi zum untuk telefon pintar pada tahun lalu.

    Jadi, Apple inginkan bekerjasama dengan Samsung untuk teknologi zum yang ada pada produk Samsung. Namun, walaupun Apple dan Samsung bekerjsama untuk teknologi ini, ciri kamera periskop ini tidak bermakna akan hadir pada iPhone 13 tahun hadapan.

    Nantikan berita lanjut mengenai kerjasama ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured