More

    Kerajaan negeri Sarawak dan SKMM bekerjasama tingkatkan perkhidmatan internet sehingga 35Mbps

    Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan bekerjasama bagi meluaskan perkhidmatan internet jalur lebar 4G di negeri terbesar Malaysia itu. Keperluan internet yang semakin tinggi sewaktu pandemik COVID-19 telah mendorong SKMM untuk merujuk kembali rancangan mereka untuk menaik taraf infrastruktur digital kebangsaan.

    SKMM merancang untuk menyediakan kelajuan jalur lebar purata di Sarawak sehingga 35Mbps pada 2021. Bagi mencapai sasaran tersebut, SKMM menyatakan keperluan untuk melengkapkan fiber rangkaian di antara menara pemancar adalah sangat penting.

    Pada bulan Ogos, kerajaan telah melancarkan Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk memperbaik infrastruktur digital kebangsaan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021-20125). Melalui inisiatif tersebut, negeri Sarawak akan menerima 636 menara pencawang baru dan 977 menara sedia ada akan dinaik taraf.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Astro Awani

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured