More

    HUAWEI bakal menghasilkan pemacu chip OLED 28nm pada tahun hadapan

    HUAWEI telah mengalami kesukaran mengenai perisian dan perkakasan mereka akibat halangan dari pihak Amerika Syarikat. Baru-baru ini, HUAWEI tidak lagi dapat menghasilkan cipset Kirin selepas kontrak bersama syarikat TSMC tidak disambung. Jadi, disebabkan ini, HUAWEI sedang berusaha untuk mencari jalan untuk menghasilkan perkakas alternatif untuk perantinya.

    Terbaru, sumber menyatakan bahawa HUAWEI sedang mencuba untuk menghasilkan cip mereka sendiri dan dikhabarkan akan mula menghasilkan pemacu cip OLED 28nm secara besar-besaran bermula tahun hadapan.

    Langkah yang dibuat oleh HUAWEI ini menjadikan mereka lebih bebas dari kawalan teknologi oleh syarikat lain. Tambahan lagi, ia juga dapat menaikkan kehadiran syarikat China dalam industri pemacu cip OLED yang kini sedang didominasi oleh syarikat dari Korea Selatan seperti Samsung dan LG.

    Pemacu cip OLED ini berfungsi sebagai panel kawalan di dalam sistem skrin peranti. Ia mengawal kualiti gambar skrin dan kecekapan tenaganya.

    Penghasilkan pemacu cip OLED ini bukan sahaja akan selesaikan masalah HUAWEI tetapi juga bakal mengurangkan pengantungan syarikat China dari syarikat luar negara.

    Adakah anda meminati berita mengenai HUAWEI ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured