More

    Apple didenda RM49 juta kerana menipu tentang rating kalis air dalam iPhone

    Apple telah didenda sebanyak €10 juta (~RM48.77 juta) oleh pihak berkuasa Itali kerana syarikat tersebut didapati telah menipu dalam kempen pengiklanan untuk siri iPhone 8, iPhone X dan iPhone 11. Apple mengiklankan telefon-telefon tersebut dengan kebolehan untuk ditenggelamkan dalam air sehingga kedalaman empat meter selama 30 minit, namun kerajaan Itali mengatakan ini adalah sesuatu yang palsu.

    Pihak berkuasa Autorità Garante della Concorrenza e del Mercato (AGCM) mengatakan rating kalis air tersebut hanya boleh dicapai dalam suasana makmal yang dikawal khas menggunakan air tulen (pure water). Mereka juga membangkang polisi waranti Apple yang tidak telus kerana tidak melindungi kerosakan produk akibat tumpahan cecair.

    Dengan mengakui bahawa produk mereka boleh tahan air, AGCM mengatakan Apple patut menyertakan sekali perlindungan daripada kerosakan cecair ke dalam produk-produk mereka. Ini bukanlah kali pertama Apple didenda oleh kerajaan Itali, pada 2018 syarikat elektronik itu didenda €10 juta kerana memperlahankan model iPhone lama secara sengaja.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Business Insider

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...